Sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Assalamualaikum kepada semua...

Pada 20 Mei 2017, abe telah menjalani latihan umum dan latihan khusus untuk persediaan sebagai sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah Sukan SEA tahun ini iaitu kali ke-6 sejak ia mula diadakan pada tahun 1959. Latihan umum diadakan bermula jam 8 pagi hingga 1 petang di Dewan Gemilang UKM. Latihan ini lebih kepada kursus pemahaman  dan pendedahan awal kepada sukarelawan tentang tanggungjawab dan tugas-tugas mereka sepanjang menjadi sukarelawan. Kami juga diajar tentang kaedah berkomunikasi rentas budaya iaitu dengan delegasi lain. Apa yang menarik perhatian saya, kami diingatkan agar tidak suka bergurau ketika berkomunikasi kerana apa yang lawak pada kita mungkin tidak lawak pada orang asing




Pada sebelah petang pula kami diajar tentang tugas khas kami ketika majlis pembukaan dan penutupan sukan SEA nanti. Kami dikehendaki membentuk huruf W-A-U beramai-ramai di padang. Ini telah mengeratkan hubungan kekeluargaan kami. Latihan berakhir pada pukul 530 petang. 

Sememangnya menjadi seorang sukarelawan tidak mudah dan memenatkan namun setiap rakyat Malaysia perlu mempunyai sifat kesukarelawanan yang tinggi serta sentiasa mahu berbakti kepada negara tercinta ini. Hati ini sudah tidak sabar lagi untuk menyambut Sambutan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bermula 18 Ogos hingga 31 Ogos 2017 yang turut disertai dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 tahun. Merdeka!

Comments

Popular posts from this blog

Larian UMBI untuk Kanser 2017, UKM

Selamat Datang Welcome Ahlan Wasahlan Wamarhababikum こんにちは Annyeonghaseyo 你好Ni Hao

Office Access