My Automobile World

Helllllllllooooooooo.....

Menarik pada post kali ini, abe ingin berkongsi tentang minat abe iaitu automobil ataupun dalam bahasa mudahnya kereta. Kalau nak diceritakan tentang kereta memang tak habis sebulan! Tetapi abe akan berkongsi sedikit sahaja pada hari ini, selebihnya pada post akan datang.



Mercedes S-Class 'facelift' 2018 telah diperkenalkan pada bulan April yang lalu dengan membawakan pelbagai tambahan ciri-ciri kemewahan, fungsi-fungsi baharu, ciri-ciri keselamatan, dan enjin baharu yang lebih efisyen.



Mercedes-AMG S 63 4MATIC+

W222 Mercedes-Benz S-Class facelift diperkenalkan – enjin baharu, imej dipertingkat, teknologi ditambah Image #647740



Model yang paling berkuasa bagi AMG S-Class – S 65 – ditawarkan dengan enjin yang lebih besar iatu 6.0 liter biturbo V12. Dengan kapasiti yang lebih besar, ia mampu menjanakan kuasa sehingga 630 hp pada 4,800-5,400 rpm dan tork mencecah 1,000 Nm antara 2,300-4,300 rpm. Walau bagaimana pun, S 65 hanya pacuan roda-belakang sahaja, dan dipadankan bersama transmisi automatik AMG Speedshift 7G-Tronic Plus tujuh-kelajuan.

Kedua-dua model S 63 4Matic+ dan S 65 juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 250 km/j dengan pilihan pakej AMG Driver, yang dikatakan mampu mencecah sehingga 300 km/j. Di mana model S 63 4Matic+ mampu dipacu dari 0-100 km/j lebih cepat iaitu pada 3.5 saat, berbanding S 65 dengan 4.3 saat.





Penampilan terbesar yang kelihatan pada S-Class ini sudah pasti pada bahagian dalamnya, dengan beberapa penambahbaikan. Bentangannya masih tidak berubah, namun ia didatangkan dengan material kulit premium dan imej kayuan pori-terbuka, bersama kombinasi pelbagai warna, termasuk dua tona baharu iaitu magma grey/espresso brown atau mahogany brown/silk beige. Model AMG juga menerima beberapa gentian mikro DINAMICA dengan pilihan kulit yang ada. Hiburan bagi penumpang belakang pula ditawarkan dengan sistem Burmester High-End 3D Surround Sound system (1520 watts) yang dipertingkatkan, kini turut didatangkan dengan pembesar suara tambahan pada panel kawalan atas kepala dan dua lagi di bahagian sisi. S-Class juga didatangkan dengan Magic Body Control dengan versi penambahbaikan bagi Road Surface Scan. Sistem ini dapat mengesan bonggol di hadapan dan boleh melaras suspensi Active Body Control untuk mengelakkan rasa kurang selesa.

Mercedes-Benz S-Klasse; 2017

Selain di atas, antara ciri-ciri keselamatan baharu ialah Intelligent Drive yang merangkumi Active Distance Assist Distronic, sistem ini berkeupayaan melaras kelajuan secara automatik di selekoh atau simpang dan boleh berfungsi dalam kelajuan di lebuh raya sehingga 210 km/j. Active Steering Assist pula merangkumi Active Lane Changing Assist dan Active Emergency Stop Assist. Ia membenarkan pemandu menukar lorong di jalan pelbagai-lorong jika keadaan trafik mengizinkan. Active Emergency Stop Assist, kenderaan boleh dibrek dalam keadaan pegun apabila ia mengesan pemandu gagal mengawal kenderaan yang sedang bergerak. Serta Active Braking Assist turut menerima fungsi lintasan-trafik baharu dan brek kecemasan, dengan dihubungkan oleh Evasive Steering Assist (membatu pemandu mengelak pejalan kaki apabila kenderaan berada di zon bahaya dan Car-to-X Communication juga akan memberikan isyarat kepada pemandu sekiranya berhadapan dengan bahaya.

Comments

Popular posts from this blog

Larian UMBI untuk Kanser 2017, UKM

Selamat Datang Welcome Ahlan Wasahlan Wamarhababikum こんにちは Annyeonghaseyo 你好Ni Hao

Office Access