Larian UMBI untuk Kanser 2017, UKM

Assamualaikum kepada semua, pagi ini agak memenatkan sempena acara larian UMBI untuk kanser 2017, abe telah mengambil kesempatan ini untuk menjadi sukarelawan dalam acara ini. Larian ini diadakan di dalam UKM pada 7/5/2017 Ahad bermula di Panggung Seni, UKM. Sebelum hari kejadian para sukarelawan telah diberikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan program pada hari Sabtu petang. Antara sukarelawan terlibat adalah dari Kor Suksis, BSMM, Jawatankuasa UMBI dan beberapa orang pelajar Kolej Rahim Kajai. Jadi mesti korang nak tau UMBI tu ape? akar kayu ker? UMBI tu UKM Medica Molecular Biology Institute, sebuah badan dalam UKM berpusat di HUKM Cheras, KL. Larian ini bertujuan untuk meraih dana pemeriksaan saringan kanser yang lebih berkemampuan disamping mempromosikan gaya hidup sihat dan bebas kanser dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagus Kan? Acara larian terbahagi kepada 2 dua iaitu kategori 5 km dan 10 km. Kira yang 10 km tu pelarinya bukan calang-calang la. Acara larian bermula seawal 7 pagi sehingga 845 pagi tetapi sukarelawan bermula seawal 540 pagi!

  
Larian Kanser UMBI 2017

Tugas team abe adalah menjaga waterstation ke-4 iaitu di persimpangan masjid-citra. Terdapat dua jenis air iaitu RO water dan 100 PLUS. Acara ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tak kiralah muda atau tua. Yang atuk nenek pun join skali! Sungguh bersemangat!



Team abe tengah mempersiapkan minuman untuk peserta

Ada mak ayah sanggup bawak anak kecil dalam stroller untuk sama-sama berlari! Dah macam riadah pun ada! Respek!


Anak kecil pun berlari sama. 5 km tu, skali dengan bukit-bukau UKM ni. Hebat!

Selfie selepas acara berakhir. 

Sijil Pengiktirafan

Acara tahun ini disertai oleh lebih kurang 400 peserta dari pelbagai negara. Ada yang dari Kenya, memang power habis. Pada acara juga terdapat cabutan bertuah, hadiahnya seperti basikal, microwave, vacuum robot, baucer penginapan, periuk noxxa, hamper, dan banyak lagi. Abe harap dapat sertai lagi sukarelawan larian seperti ini pada hadapan. Ia dapat memberi pengalaman bermakna dan bergaul dengan masyarakat. Setinggi penghargaan kepada sponsor seperti Bank Rakyat, Affin Islamic Bank, Ultron Apparel, dan banyak lagi. Bye!

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Datang Welcome Ahlan Wasahlan Wamarhababikum こんにちは Annyeonghaseyo 你好Ni Hao

Office Access