How About YOU Discover The World?

Assalamualaikum...

Istimewa dalam perkongsian kali ini abe akan menceritakan sedikit tentang rancangan hiburan kegemaran abe. Beberapa tahun yang lepas, abe melihat masyarakat Malaysia khususnya Melayu terutamanya lelaki memandang serong terhadap rancangan yang berasal dari Korea Selatan seperti drama mereka dan 'variety show' seperti Runningman. Namun dalam dua tahun ini, masyarakat Malaysia mula dapat menerima rancangan tersebut tidak mengira jantina. Sebahagian besar masyarakat sudah dapat menilai kualiti drama dan rancangan 'variety' yang ditayangkan sehingga banyak syarikat televisyen mula mengimport tayangan tersebut. 

Pada pandangan abe, drama dan 'variety show' dari Korea Selatan kebanyakannya mempunyai kualiti yang tinggi disebabkan persaingan yang kuat serta standard tinggi yang dituntut masyarakat disana. Terdapat pelbagai genre yang dikuasai oleh mereka seperti thriller, medical, youth, law, ghost, melodrama, sains fiksyen dan pelbagai lagi merangkumi segenap lapisan masyarakat. Kualiti dan penguasaan watak oleh pelakon amatlah mengagumkan. 

Image result for korea drama poster  Image result for korea drama poster  Image result for korea drama poster

Image result for korea drama poster Image result for korea drama poster Image result for korea drama poster  Image result for korea drama poster

Selain daripada drama, apa yang menarik minat abe adalah variety show dari Korea iaitu rancangan Infinity Challenge dan 1 Day 2 Nights (1D2N). Rancangan ini dianggotai oleh penyanyi, pelawak dan pelakon yang membawakan tema dan santai. Infinity Challenge mempunyai tema rancangan yang berbeza setiap minggu dimanan ahli atau members akan menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza mengikut tema ditetapkan. Apa yang dibawa oleh rancangan ini adalah tawa, nilai kemanusiaan, tolong-menolong dan pelbagai nilai murni boleh dipelajari. Ia mengajar saya manusia biasa juga mampu melakukan apa sahaja

Image result for infinity challenge Image result for infinity challenge

1D2N pula membawa penonton ke pelbagai tempat di seluruh Korea Selatan dan luar negara. Penonton akan terpukau melihat pelbagai keindahan negara Korea dan budaya disana. Disamping bermain pelbagai games, penonton dapat mempelajari sejarah Korea Selatan. Rancangan ini sudah bersiaran lebih 10 tahun!

Related image Image result for 1 day 2 nights

Natijahnya, drama dan rancangan di Malaysia sepatutnya mengambil pengajaran daripada rancangan Korea Selatan agar dapat meningkatkan mutu rancangan disini. Jangan kita hanya tahu bersuka ria tetapi tiada ilmu baharu dapat ditimba. 


Comments

Popular posts from this blog

Larian UMBI untuk Kanser 2017, UKM

Selamat Datang Welcome Ahlan Wasahlan Wamarhababikum こんにちは Annyeonghaseyo 你好Ni Hao

Office Access